RUMPAI LAUT DAN KHASIATNYA

Pada mulanya rumpai laut dijumpai kerana nilai kesihatan dan gizi yang diperolehi pada 2000 tahun dahulu. Rumpai laut juga dikenali sebagai rumpai garam sejak zaman dahulu. Disebabkan bentuknya menyerupai terumbu karang maka orang Cina memanggilnya sebagai “Shanhu Cao”. Orang Jepun pernah menggunakan rumpai laut sebagai penghargaan yang dikhaskan kepada Maharaja Cina sebagai makanan berkhasiat. Khasiat rumpai laut boleh ditemui di dalam sayur-sayuran tetapi selebihnya 64 jenis mineral hanya boleh diperolehi di dalam rumpai laut. Ia sangat kaya dengan protein kolagen, kalsium, besi, magnesium, kalium, fosforus, selenium, dan mineral lain Omega-3 dan 6, yang sangat penting untuk perkembangan mental dan fungsi dalam tumbesaran anak-anak. Menurut laporan perubatan rumpai laut ini sesuai digunakan untuk menambah mineral yang bertindak mengaktifkan anti pengoksidaan enzim, meningkatkan fungsi detoksifikasi hati, untuk menghilangkan radikal bebas dan penghapusan racun dari tubuh melalui sistem menyahtoksik.

Rumpai laut ini mempunyai nilai yang lebih baik daripada sarang burung, sirip yu dan yam. Lendir dalam rumpai laut adalah 10 kali ganda khasiat sarang burung dan sirip yu, kalsiumnya adalah 37 kali lebih baik dari hati ikan. Nilai PH rumpai laut adalah 7.6 – dimana mempunyai tinggi serat makanan beralkali. Oleh sebab itulah ia sangat kaya dengan nilai gizi makanan yang sangat baik, sesuai untuk vegetarian dan orang tua yang memerlukan suplemen gizi. Ia juga dapat menguatkan sistem imunisasi tubuh dan fungsi hati, usus saluran tubuh dan perut dibersihkan, berat badan yang ideal, perut bahagian bawah dan punggung akan secara signifikan lebih kecil.

Rumpai laut kaya dengan besi dan kalsium. Ia juga mengandungi keperluan dalam tubuh manusia seperti asid amino dan kolagen. Kolagen terdapat dalam tulang, sendi, kulit, organ dalaman, berhubung antara sel, protein kolagen dapat meningkatkan kekurangan air pada kulit, mengencangkan dan menjadikan kulit lebih muda, menghilangkan “wrinkles”, mencegah bekas luka yang rosak seperti jerawat, “dark sports”, bintik-bintik, jerawat, kulit sensitif. Ia memiliki pembaikan yang signifikan dan meningkatkan peranan suplemen kolagen yang tepat. Suplemen protein kolagen yang tepat menguatkan otot dan sendi, mengurangkan sakit sendi dan tulang belakang, diserap ke akar rambut, memperbaiki rambut putih, rambut gugur dan rambut yang mulai menipis dan penuaan.
Penggunaan rumpai laut yang berterusan akan memberi kesan baik kepada tubuh badan seperti berikut :
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan. Menghapuskan bintik-bintik hitam, jerawat, meningkatkan elastatik kulit, membuat kulit halus dan tegang..
  • Melancarcan proses pencernaan dan mengelakkan sembelit serta membantu merawat gastrik..
  • Pengaktifan usus .
  • Untuk menghilangkan nafas berbau .
  • Mengurangkan berat badan, dan menstabilkan hormon badan .
  • Meningkatkan fungsi hati .
  • Mengelakkan penuaan, mencegah penyakit Alzheimer’s.
  • Meningkatkan kualiti darah .
  • Meringankan ketidakselesaan menstruasi .
  • Membersihkan dan meningkatkan peredaran darah.
  • Mencegah kelelahan, insomnia, tangan dan kaki sejuk, kehilangan nafsu makan ditingkatkan.
  • Membantu mengaktifkan sel, memberi tenaga dan meningkatkan immunisasi badan.
  • Membantu menangani sakit bahu dan sendi badan .
  • Memperbaiki “Rheumatism”, pengurusan pendarahan yang mudah dan peliosis.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Memejalkan payudara, otot dan punggung dan merawat anemia.
  • Menyihatkan rambut dan kuku.
  • Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka.
  • Menguatkan sistem abdomen.
  • Memelihara kalenjar tiroid – Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak). .
  • Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur.  
  • Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh dan mengurangi selulit.
  • Bertindak sebagai antikulat dan antibakteria.
  • Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis.
  • Merawat penyakit gout, menberikan rasa kekenyangan (diet), mencegah kanser dan Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
  • Secara keseluruhannya, pengambilan makanan alga seperti rumpai laut bukan sahaja memperolehi gizi seimbang, malah boleh membantu menyah toksin dalam badan, anti kanser dan bukan hanya untuk kecantikan, tetapi juga untuk kesihatan, serta awet muda . Jadi memang tidak rugi untuk mengamalkan pengambilan rumpai laut ini untuk kebaikkan diri terutama dari aspek kesihatan. 

No comments:

Post a Comment