Q & A

 P:Apa  perbezaan di antara rumpai laut kuning gredAA dan unggu gredAAA?
A: Rumpai laut unggu mempunyai khasiat yang lebih tinggi dari rumpai laut kuning. Malah rumpai laut unggu lebih khusus untuk kesihatan manakala yang kuning lebih khusus untuk kecantikan.

 P: Ada berapa jenis rumpai laut yang dijual dan perbezaannya?
A: Sebenarnya rumpai laut ada banyak jenis, tetapi buat masa ini ada tiga jenis yang ada di dijual di pasaran iaitu kuning gredAA, unggu gredAAA dan hijau gredAAAA. Rumpai laut kuning lebih khusus untuk kecantikan. Manakala unggu lebih khusus untuk kesihatan. Dan yang hijau pula merangkumi kedua-dua faedah iaitu untuk kecantikan dan kesihatan.


 P:Kenapa ada serbuk berwarna putih pada rumpai laut?
 A: Itu adalah hablur garam. Ianya merupakan agen bakteria semulajadi rumpai laut yang kering.  Tidak perlu risau, ianya boleh hilang selepas dibasuh dengan air.

P:Kenapa rumpai laut unggu lebih berbau hanyir berbanding rumpai laut kuning?
A:Rumpai laut unggu ni sememangnya lebih berbau hanyir dari yang kuning tetapi dengan cara basuhan yang betul baunya boleh dikurangkan atau hilang. Cara basuh rumpai laut unggu adalah seperti berikut ,basuh dengan air sekurang-kurangnya 6 ke 7 kali. Kemudian basuh untuk sekali atau dua kali menggunakan air asam jawa. Selepas itu basuh semula dengan air bersih sehingga bersih, selepas itu baru rendam dengan iar dan letakkan sekali daun pandan yang banyak. Masa merebus pun letakkan sekali daun pandan. Bau boleh hilang.

 P:Tempahan belum sampai lagi.
A: Selepas kami proses tempahan kami akan terus hantar tempahan ke pihak curier (pos airpak , GDEX) dan urusan penghantaran kepada pelanggan akan diuruskan curier. Perlu diingat bahawa waktu penerimaan berbeza mengikut kawasan. Dan kebiasaannya jika penghantaran melalui GDEX barang akan sampai dalam 1-2 hari. Jika melalui pos airpak barang akan sampai dalam 2-3 hari bekerja. Jadi diharap anda bersabar.

P : Adakah rumpai laut ini original?
A: Rumpai laut ini memang original. Belum ada mana-mana kes berkaitan rumpai laut tiruan.


P : Berapa lama jangka masa tarikh luput rumpai laut kering ini?
A : Rumpai laut yang kering boleh bertahan selama setahun sekiranya disimpan dengan elok dalam bekas kedap udara dan tidak terdedah kepada air. Untuk yang sudah dimasak, mesti simpan dalam peti ais (bukan dalam sejuk beku). Jika tidak ianya akan basi.

 P : Berapa had umur yang boleh mengamalkan pengambilan rumpai laut ini? 
A: Dari umur 7 tahun. Disarankan yang berumur 7 - 12 tahun mengamalkan pengambilan setengah sudu dua kali dalam sehari. Di atas umur 12 tahun boleh ambil sesudu atau lebih dan tiga kali sehari.


P : Kenapa warna rumpai laut yang kering ini boleh berbeza?Cthnya; dari warna putih ke warna kuning terang?
A : Warna rumpai laut ini memang akan berubah mengikut keadaan persekitaran serta tempoh pengeringan rumpai laut ini. Jika keadaan persekitaran panas maka rumpai laut ini akan menjadi lebih kering dan semakin lama rumpai laut ini disimpan (dalam keadaan baik) warnanya akan berubah. Walaupun warnanya berubah tetapi khasiat dan nutrisinya tetap sama.

P : Kenapa selepas masak rumpai laut tetap cair dan tidak berapa menjadi seperti jelly?
A : Air yang digunakan semasa memasak melebihi sukatan. Biasanya untuk 100g masak dengan 2 - 2.5liter air.

No comments:

Post a Comment